Biarkan Masa Depan Datang Sendiri

{Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan datangnya} (An-Nahl : 1)
Jangan pernah mendahului sesuatu yang belum pernah terjadi!
Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak?. Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat disentuh, belum terwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna. Jika demikian, mengapa kita perlu menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, dan meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan adakah hari esok kita akan terwujud kesenangan atau kesedihan?
Yang pastinya, hari esok masih lagi di alam ghaib dan belu turun ke bumi. Justeru, tidak seharusnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di atasnya. Sebab, siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau pun tidak pada jambatan itu. Boleh jadi kita akan terhenti sebelum sampai ke jambatan itu, atau mungkin jambatan itu hanyut dibawa arus sebelum sempat kita berada di atasnya. Dan boleh jadi juga kita akan sampai pada jambatan itu dan kemudian menyeberanginya.
Dalam syariat, memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikir tentang masa depan dan membuka2 alam ghaib, kemudian terhanyut dalam kecemasan2 yg baru diduga darinya, adalah sesuatu yg tidak dibenarkan. Sebabnya, perkara itu termasuk thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Secara nalar, tindakan itu pun tidak masuk akal, kerana sama sahaja dengan berusaha perang melawan bayang-bayang. Ironisnya, kebanyakan manusia di dunia ini ramai yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan, wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka. Padahal, semuanya itu hanyalah sebahagian daripada kurikulum yang diajar di "sekolah-sekolah syaitan".
{Syaitan menjanjikan (menakuti-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedangkan Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia.}. (Al-Baqarah:268).
Meraka yang menangis sedih meratap masa depan adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan, menderita sakit selama setahun, dan memperkirakan umur dunia ini hanya tinggal seratus tahun lagi. Padahal, orang yang sedar bahawa usia hidupnya berada digenggaman yang lain tentu tidak menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada. Dan orang yang tidak tahu bila akan mati, sudah tentu menjadi kesalahan besar apabila menyibukkan diri dengan sesuatu yang belum ada dan tak terwujud.
Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula pernah menanti serangan petakanya. Sebabnya, hari ini Anda sudah sangat sibuk.
Jika Anda hairan, maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini. Oleh itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.
Dipetik drp buku La Tahzan :Don't Be Sad, Allah With Us. Oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

Comments