Posts

SkEtsA bErbukA PuaSA

Kami sekeluarga hanya tinggal berempat. Mak, ayah, aku dan adik. hehe... Seperti biasa, tiap2 hari sebelum weekend, kami berempat saja la yang mengadap lauk-pauk di meja makan.  Bulan2 puasa ni kalau x dak "serangan" daripada anak menakan utara dan selatan, memang kami saja yang menjamu selera. Ok, kat sini nak cerita, bapak aku kalau time dia nak bercerita macam biasalah, dia sorang saja yang boleh cerita.  Suara gaung dia memang tak boleh sapa lawan, kuat ja bersembang time dok menyantap pon. hehe ..Tapi bukak puasa kali ni macam best je aku layan 'story mory dia' tu. Mulanya adik aku bukak cerita, yang dia ada pakai seluar jeans abang bagi kat dia. Time dia pakai tu, member dia yang kaki branded tu prasan. Tekejut gila la kawan tu tengok adik aku dapat mana. hahaha Adik aku selamba badak ja cakap 'tah aku dapat mana'. So, time ni la bapak aku bukak cerita,  'Ayah dulu pernah singgah satu kedai kasut tu kat Klompo... ayah teeeengok ja. Harga d...

KISAH HATI

Assalamualaikum wrb. Sudah lama aku tidak berkunjung dan membaharukan tulisan di blog ini. Mungkin sebab ada kepentingan lain dan mungkin juga aku malas. Baiklah, sekian lama aku menyepi, aku mula menitip ke ruang waktu dan melangkah pada satu kehidupan yang baru. Penghijrahan yang merangsang kepada perubahan dunia yang masih mentah bagiku. Perjalanan mengenal erti hidup masih jauh, dengan harapan yang masih mencita, diharap tidak terkubur semata di persimpangan... Wahai rakan, aku tahu kadang-kala engkau berdiri menghembus semboyan, kadang-kala penuh dengan melodrama sukarelawan. Namun, ia hanyalah suatu khayalan yang cuba mengenal itulah milik sebenar suka duka perhubungan. Penuh corak dan rasa, serta warna-warni.

Perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu « PSSLM Zon Perak Utara

Perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu « PSSLM Zon Perak Utara : 'via Blog this' *

DILEMA KEJARAN

Tanpamu mungkinkah aku berkaku? Relakan kau pergi Usah membida kata Kerna bukan permintaanku Mahupun kehendakku Sekalipun tiada kena-mengena denganku Begitulah tanpanya rayuanku. Jangan dilupa kerna ini bukan kehendakmu jua Tanpa soalanmu terluah Hanya obsesi memenuhi ruang tuntutan Sekali bumi meredang di angkasa raya Tinggalkan harapan seiring ditinggalkan Tidak jauh menyepi seia berhalusinasi. Jauh kau tak bermakna jauh jua sesakmu Jua jauhnya sesakku Kerna jauhnya mengejar tidak menjauh semata Mahupun jauh berlamun gegak-gempita Namun jauh meragut masa harus bergadai jua. Nukilan terfikir : 14:45 8/7/2011. Khas buat Kak Asliza Abdul Rahim :)

PERIHAL FILEM-FILEM

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA. Drama/Filem Melayu 1. 80% jalan cerita berkisar tentang: a. Cinta. b. Cinta 3 segi. c. Cinta 4 segi. d. Anak-anak rebut harta pusaka. e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat. 2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 42", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu). 3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang". 4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah bu...

Anak Melayu Sebagai Pensyarah Di Oxford Universiti.

Image
Anak Melayu Jadi Pensyarah Universiti Oxford Sekarang ni sedang musim AF. Satu program yang mengajak anak-anak muda Malaysia untuk mengetengahkan bakat untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur dalam dunia hiburan. Tetapi mereka semua tidak boleh dibanggakan kerana belum terbukti mereka mampu mengharumkan nama negara di seluruh dunia. Namun, bebeza dengan seorang ni. Namanya Dr. Muhammad Afifi al-Akiti dan dia adalah anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti terkemuka dunia, iaitu Oxford. Dr. Muhammad Afifi al-Akiti, MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di univ...